Tuesday, October 14, 2008

Islam sebagai panduan

Sesungguhnya manusia dijadikan daripada sehina-hinanya benda iaitu air mani. Dan daripada air mani itu terbentuknya daging-daging dan tulang belulang yang kemudiannya dibaluti dengan daging semula. Kemudian ditiupkan roh kepada daging tersebut supaya mempunyai nyawa. sesungguhnya manusi dijadikan daripada pelbagai proses yang rumit dan berasal daripada sehina-hina air mani. Sesungguhnya kejadian kita merupakan satu petanda bahawa kita adalah kecil jika dibandingkan dengan Allah S.W.T. Kita ini jika dicampakkan ditengah lautan yang tiada berpehujungnya sudah tentu akan kembali menyedari bahawa terdapat satu kuasa yang amat besar yang sedang membantu kita untuk meneruskan pelayaran. Oleh itu, kita hendaklah menhargai dan percaya dengan kukuh bahawa Islam itu merupakan satu cara hidup yang amat diredhai oleh Allah S.W.T. Wallahhualam